0 comments

Khas Untuk Penyandang

Hari ini adalah hari kedua dalam bulan Februari 2012. Kelmarin warga Wilayah Persekutuan bercuti sempena Hari Wilayah. Meluangkan masa bersama anak-anak amat memenatkan tetapi itulah kenangan yang akan aku bawa hingga hujung nyawa.

Semangat untuk bekerja seperti meluap-luap. Mungkin juga kerana aku telah mengubahsuai ruangan kerja. Hari ini aku memulakan tugas seperti biasa sehinggalah menerima panggilan daripada Ketua Kerani. Beliau menyampaikan satu berita gembira yang sudah lama aku tunggu. Surat KUP dari PNM sudah diterima. Aku perlu menyerahkan 2 salinan kad pengenalan bagi menguruskan urusan itu. Syukur kepadamu, Ya Allah!

Walaupun aku tidak dinaikkan ke pangkat gred 22, tetapi tawaran Khas Untuk Penyandang ini dikira berbaloi bagi kakitangan awam yang telah berkhidmat selama 15 tahun. Tangga gaji yang diterima akan dinaikkan setaraf dengan kakitangan di gred 22. Cuma yang membezakan adalah tugasan dan tanggungjawab yang dipikul masih sama seperti di gred yang lama. Itu adalah sebahagian daripada kebaikan KUP.

Bagi diri aku yang sentiasa berpindah mengikut suami bertugas, tawaran ini amat bermakna kerana aku masih berpeluang bertukar tempat kerja dengan jawatan yang sama. Tidak perlu memikirkan tentang jawatan kosong yang ada di tempat baru. Namun begitu, aku juga berharap akan diberikan tawaran kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi.

Semoga impian ini menjadi kenyataan apabila aku bertukar semula ke semenanjung tanahair. Amin...
read more
0 comments

Jadi Pengawas

Dua minggu yang lepas, anakku Adam memberitahuku tentang pelantikannya sebagai pegawas sekolah. Dia memintaku menandatangani borang kebenaran. Selang beberapa hari kemudian, anak keduaku Sofea pula memaklumkan kepadaku tentang pelantikan jawatan yang sama di sekolah agama pula. Sekali lagi aku bersetuju dan memberikan kebenaran. Namun pada ketika itu, aku terlupa satu perkara iaitu keperluan menyediakan uniform pengawas untuk kedua-duanya.

"Emm, duit lagi," rungutku. "Kenapalah baru sekarang cikgu-cikgu tu bagitau. Cakaplah awal-awal. Sebelum cuti sekolah ke,"komenku kepada suami. "Nak kena beli uniform lagi sekali," tambahku lagi. Aku betul-betul tidak bersetuju dengan cara pihak sekolah mengenai perkara ini. Sebaik-baiknya pihak sekolah lebih perihatin terhadap ibubapa. Para ibubapa telah menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk menyediakan keperluan sekolah anak-anak. Bagi ibubapa yang berpendapatan tinggi, soal kewangan tidak menjadi beban. Tetapi, bagaimana pula dengan ibubapa yang berpendapatan rendah?

Aku bercadang mengusulkan masalah ini semasa mesyuarat PIBG sekolah nanti. Apa pendapat pembaca sekalian? Adakah tuan puan berdepan dengan masalah yang sama? Sila beri komen anda!!


read more
0 comments

Apa Khabarmu, di sana?

Minggu ini merupakan minggu cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina. Anak-anak pun mula bercuti selama 1 minggu. Riuh-rendah suasana di rumah dengan pelbagai karenah mereka. Setelah menghabiskan masa bersama mereka selama 4 hari, aku kembali memulakan tugas. Tiba-tiba aku teringat keluarga di kampung. Apa khabar mereka semua? Yuyu? Ya, mesti Yuyu (adik sepupuku) sedang bercuti sekarang. Beliau merupakan seorang guru di Batu Pahat, Johor. Aku cuba menghubunginya.

"Hello. Assalamualaikum, Yuyu. Kak Ida ni.", memulakan perbualan di telefon. "Kat mana tu?", sambungku lagi. "Kak Ida, chek kat kedai ni. Nanti chek call balik", terdengar suaranya di hujung talian. "Ya ke. Dengan sapa?", tanyaku ingin tahu. "Dengan mama", jawabnya ringkas. "Okay la. Nanti Kak Ida call semula. Bye-bye", tuturku mengakhiri perbualan kami.

Keesokkan harinya, aku menerima panggilan dari Yuyu. Terdengar suara Yuyu memberitahuku Ngah (Ibu Yuyu) ingin bercakap denganku. Setelah bertanya khabar dan menceritakan perihal anak-anakku, Ngah menceritakan tentang keadaan abahku. Berita yang disampaikan oleh Ngah merisaukan aku. Tetapi, belum sempat cerita itu dihabiskan, perbualan kami terputus. Lantas aku menghantar sms kepada Ngah dan berjanji akan menghubunginya kemudian.

p/s : Semoga Abah sihat dan kuat semangat berdepan dengan situasi di kampung. Abah sentiasa dalam ingatan.
read more
0 comments

19 Januari ....

Ulangtahun kelahiranku tahun ini jatuh pada hari Khamis. Beberapa hari sebelumnya, dengan nada bergurau dan muka tak malu (He..he..he), aku mengingatkan mereka tentang itu. Positive feedback ku terima daripada mereka. Anyway thanks for your wish and I hope the friendship between us never end (termasuk ucapan yang aku terima di facebook)

Untuk post kali ini, aku abadikan koleksi kad ucapan dan kek hari jadi yang pernah aku terima sepanjang berada di Labuan.
2009 - Dari teman-teman sepejabat
Kad dari Kelab Staf KML (2010) & Mitsubishi (2011)






2010 - Dari suami & anak-anak









2011 - Dari suami & anak-anak
2011 - Dari teman-teman sepejabat










2012 - Dari suami & anak-anak
Kad dari Mitsubishi & WWF (2012)



















p/s : Terima kasih buat suami & anak-anak yang tak pernah lupa ulangtahun kelahiran umi. Umi sayang kalian!







read more
0 comments

Roadtax dan Pas Pembantu Rumah



Masuk je tahun baru, aku mula mencongak-congak perbelanjaan isi rumah. Selain dari kelengkapan sekolah (telah disediakan lebih awal), pembaharuan roadtax dan insurans bermain di kotak fikiran aku. 'Berapa kena bayar roadtax tahun ni? Nasib baik aku ada duit simpanan. Taklah teruk sangat', merungut sendirian. 

Tapi ada satu perkara lagi yang perlu aku selesaikan. Pas pembantu rumah! Aku mula merancang tarikh yang sesuai untuk pergi ke Jabatan Imigresen. Tapi tahun ini paspot pembantu rumah aku dah tamat. Ini bermakna  pembantu rumah aku perlu ke Kedutaan Indonesia di KK. Buntu! Memandangkan tarikh tamat pas bekerja sudah hampir, aku terpaksa membenarkan pembantu rumah aku menguruskannya sendirian. Setelah berbincang dengan suamiku, aku telah menetapkan pada hari Rabu 4 Jan pembantu rumah aku akan bertolak ke KK dan pulang ke Labuan pada Jumaat 6 Januari. Pada petang Jumaat itu juga aku perlu menguruskan pas tersebut memandangkan tarikh tamatnya pada Sabtu 7 Januari. 

Alhamdullilah, seperti yang dirancang semuanya berjalan dengan sempurna. Pas pekerja pembantu rumah aku dapat disiapkan pada hari itu juga.  
read more