Apa Khabarmu, di sana?

Minggu ini merupakan minggu cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina. Anak-anak pun mula bercuti selama 1 minggu. Riuh-rendah suasana di rumah dengan pelbagai karenah mereka. Setelah menghabiskan masa bersama mereka selama 4 hari, aku kembali memulakan tugas. Tiba-tiba aku teringat keluarga di kampung. Apa khabar mereka semua? Yuyu? Ya, mesti Yuyu (adik sepupuku) sedang bercuti sekarang. Beliau merupakan seorang guru di Batu Pahat, Johor. Aku cuba menghubunginya.

"Hello. Assalamualaikum, Yuyu. Kak Ida ni.", memulakan perbualan di telefon. "Kat mana tu?", sambungku lagi. "Kak Ida, chek kat kedai ni. Nanti chek call balik", terdengar suaranya di hujung talian. "Ya ke. Dengan sapa?", tanyaku ingin tahu. "Dengan mama", jawabnya ringkas. "Okay la. Nanti Kak Ida call semula. Bye-bye", tuturku mengakhiri perbualan kami.

Keesokkan harinya, aku menerima panggilan dari Yuyu. Terdengar suara Yuyu memberitahuku Ngah (Ibu Yuyu) ingin bercakap denganku. Setelah bertanya khabar dan menceritakan perihal anak-anakku, Ngah menceritakan tentang keadaan abahku. Berita yang disampaikan oleh Ngah merisaukan aku. Tetapi, belum sempat cerita itu dihabiskan, perbualan kami terputus. Lantas aku menghantar sms kepada Ngah dan berjanji akan menghubunginya kemudian.

p/s : Semoga Abah sihat dan kuat semangat berdepan dengan situasi di kampung. Abah sentiasa dalam ingatan.

0 comments: