Sofea, anak perempuan keduaku ini, cukup takut belajar menunggang basikal. Sudah beberapa kali aku dan abangnya Adam mengajaknya belajar menunggang basikal. Banyak betul alasannya. Takut jatuh la. Bila dah jatuh, sakit pula. Nanti lutut berdarah. Ada parut, malu bila kawan tengok. Itulah antara alasan-alasan yang keluar dari bibir mungilnya.
Tetapi . . . .
Kelmarin, sebaik sahaja aku keluar dari kereta setibanya di rumah, macam tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Sofea menyapaku sambil berbasikal. Wah! Satu perubahan yang membanggakan. Akhirnya Sofea berjaya menangani pelbagai alasan yang diciptanya. Dia sendiri telah membuktikan yang dia berjaya menunggang basikal dengan bimbingan kawan-kawannya. Tahniah, Sofea!!
Umi bangga dengan Sofea. Itulah ucapan pertama yang keluar dari mulutku sambil mencium pipinya. "Nanti Umi akan baiki basikal lama tu. Bila buka sekolah, kakak (nama panggilannya) boleh la ke sekolah dengan basikal", kataku kepadanya. Sofea tersenyum bangga.




