Dua mingu yang lepas (lupa tarikhnya), saya ada menerima surat penghargaan dari WWF-Malaysia. Tajuk surat tersebut berbunyi begini "Aida you helped us make 2011 a year of great achievements! However, there's still much to be done. We certainly hope you will continue to support us in 2012 with a donation of RM360 to continue making a difference to our environment". Sebaik sahaja membaca surat tersebut baru saya teringat yang saya terlupa nak tinggalkan RM30 di dalam akaun bank saya. Ini bermakna bagi tahun ini saya belum mula menderma lagi.
Kalau tidak silap, saya mula menderma kepada tabung WWF ini sejak tahun 2004 lagi (sudah lupa). Itu pun secara kebetulan semasa saya tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semasa saya mengisi borang ketika itu perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah harimau. Ya la! Kan harimau merupakan species haiwan yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kucing. Disebabkan terlalu menyayangi binatang, saya sanggup memperuntukkan sejumlah wang untuk mereka. Saya beranggap di dunia ini sudah terlalu ramai orang menderma kepada manusia (orang susah, fakir miskin) jadi apa salahnya saya menderma kepada haiwan-haiwan pula. Mungkin tak ramai yang berbuat begini.
Bagi saya, kehidupan antara manusia dan haiwan saling berkait dan memerlukan. Jika bukan kita yang menghulurkan tangan, membantu mereka. Siapa lagi! Sekiranya habitat mereka tidak dijaga dan terancam, maka nyawa kita juga mungkin terancam. Sebagai contohnya, jika hutan belantara tempat mereka tinggal dihapuskan, secara langsungnya mereka akan mencari tempat tinggal yang baru. Mungkin mereka akan menceroboh kawasan halaman rumah kita. Sekaligus nyawa ahli keluarga kita berada dalam bahaya. Kehidupan seharian kita juga terganggu.
Nabi Muhammad S.A.W. juga menyayangi haiwan dan menasihati kita supaya berbuat baik sesama umat dan makhluk yang lain. Maka, menjadi kewajipan kita untuk memelihara dan menjaga bumi ini dan penghuninya. Jadi, apa salahnya kita menghulur bantuan dan menderma untuk kebahagiaan kita semua.
p/s : Lawatilah website ini jika berminat wwf.org.my
0 comments:
Post a Comment