Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts
0 comments

Bersedekahlah !!

Sudah 1 minggu lebih aku tidak mencoret apa-apa di blog ni. Sibuk dengan tugas di pejabat. Namun, pada minggu lepas, aku telah menyerahkan pakaian lama aku dan anak-anak kepada kakak cleaner di pejabat. Macam tahun-tahun sudah dia akan membahagi-bahagikan pakaian tersebut kepada orang miskin di tempat tinggalnya.

Sebenarnya sudah lama pakaian tersebut aku kumpul di rumah, cuma tidak tercapai oleh tangan untuk mengangkatnya ke kereta. Alhamdulillah dengan izinNya, termakbul juga niat suciku.

Pendapat aku, bersedekah dan beramal jariah tidak kira dalam apa bentuk. Hatta, senyum itu juga satu sedekah. Maka, atas dasar itulah aku melakukannya.

 Ya Allah, semoga mereka-mereka akan mendapat manfaat di atas apa yang aku berikan. Amin....


Gaun Pertama Sofea - Hadiah dr. saudara
1 kotak & 1 plastik penuh pakaian terpakai

read more
0 comments

WWF ~ for a living planet

Dua mingu yang lepas (lupa tarikhnya), saya ada menerima surat penghargaan dari WWF-Malaysia. Tajuk surat tersebut berbunyi begini "Aida you helped us make 2011 a year of great achievements! However, there's still much to be done. We certainly hope you will continue to support us in 2012 with a donation of RM360 to continue making a difference to our environment". Sebaik sahaja membaca surat tersebut baru saya teringat yang saya terlupa nak tinggalkan RM30 di dalam akaun bank saya. Ini bermakna bagi tahun ini saya belum mula menderma lagi.

Kalau tidak silap, saya mula menderma kepada tabung WWF ini sejak tahun 2004 lagi (sudah lupa). Itu pun secara kebetulan semasa saya tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semasa saya mengisi borang ketika itu perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah harimau. Ya la! Kan harimau merupakan species haiwan yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kucing. Disebabkan terlalu menyayangi binatang, saya sanggup memperuntukkan sejumlah wang untuk mereka. Saya beranggap di dunia ini sudah terlalu ramai orang menderma kepada manusia (orang susah, fakir miskin) jadi apa salahnya saya menderma kepada haiwan-haiwan pula. Mungkin tak ramai yang berbuat begini.

Bagi saya, kehidupan antara manusia dan haiwan saling berkait dan memerlukan. Jika bukan kita yang menghulurkan tangan, membantu mereka. Siapa lagi! Sekiranya habitat mereka tidak dijaga dan terancam, maka nyawa kita juga mungkin terancam. Sebagai contohnya, jika hutan belantara tempat mereka tinggal dihapuskan, secara langsungnya mereka akan mencari tempat tinggal yang baru. Mungkin mereka akan menceroboh kawasan halaman rumah kita. Sekaligus nyawa ahli keluarga kita berada dalam bahaya. Kehidupan seharian kita juga terganggu. 

Nabi Muhammad S.A.W. juga menyayangi haiwan dan menasihati kita supaya berbuat baik sesama umat dan makhluk yang lain. Maka, menjadi kewajipan kita untuk memelihara dan menjaga bumi ini dan penghuninya. Jadi, apa salahnya kita menghulur bantuan dan menderma untuk kebahagiaan kita semua.

p/s : Lawatilah website ini jika berminat wwf.org.my
read more
0 comments

Roadtax dan Pas Pembantu Rumah



Masuk je tahun baru, aku mula mencongak-congak perbelanjaan isi rumah. Selain dari kelengkapan sekolah (telah disediakan lebih awal), pembaharuan roadtax dan insurans bermain di kotak fikiran aku. 'Berapa kena bayar roadtax tahun ni? Nasib baik aku ada duit simpanan. Taklah teruk sangat', merungut sendirian. 

Tapi ada satu perkara lagi yang perlu aku selesaikan. Pas pembantu rumah! Aku mula merancang tarikh yang sesuai untuk pergi ke Jabatan Imigresen. Tapi tahun ini paspot pembantu rumah aku dah tamat. Ini bermakna  pembantu rumah aku perlu ke Kedutaan Indonesia di KK. Buntu! Memandangkan tarikh tamat pas bekerja sudah hampir, aku terpaksa membenarkan pembantu rumah aku menguruskannya sendirian. Setelah berbincang dengan suamiku, aku telah menetapkan pada hari Rabu 4 Jan pembantu rumah aku akan bertolak ke KK dan pulang ke Labuan pada Jumaat 6 Januari. Pada petang Jumaat itu juga aku perlu menguruskan pas tersebut memandangkan tarikh tamatnya pada Sabtu 7 Januari. 

Alhamdullilah, seperti yang dirancang semuanya berjalan dengan sempurna. Pas pekerja pembantu rumah aku dapat disiapkan pada hari itu juga.  
read more