Roadtax dan Pas Pembantu Rumah



Masuk je tahun baru, aku mula mencongak-congak perbelanjaan isi rumah. Selain dari kelengkapan sekolah (telah disediakan lebih awal), pembaharuan roadtax dan insurans bermain di kotak fikiran aku. 'Berapa kena bayar roadtax tahun ni? Nasib baik aku ada duit simpanan. Taklah teruk sangat', merungut sendirian. 

Tapi ada satu perkara lagi yang perlu aku selesaikan. Pas pembantu rumah! Aku mula merancang tarikh yang sesuai untuk pergi ke Jabatan Imigresen. Tapi tahun ini paspot pembantu rumah aku dah tamat. Ini bermakna  pembantu rumah aku perlu ke Kedutaan Indonesia di KK. Buntu! Memandangkan tarikh tamat pas bekerja sudah hampir, aku terpaksa membenarkan pembantu rumah aku menguruskannya sendirian. Setelah berbincang dengan suamiku, aku telah menetapkan pada hari Rabu 4 Jan pembantu rumah aku akan bertolak ke KK dan pulang ke Labuan pada Jumaat 6 Januari. Pada petang Jumaat itu juga aku perlu menguruskan pas tersebut memandangkan tarikh tamatnya pada Sabtu 7 Januari. 

Alhamdullilah, seperti yang dirancang semuanya berjalan dengan sempurna. Pas pekerja pembantu rumah aku dapat disiapkan pada hari itu juga.  

0 comments: