Tahun Baru 2012

Happy New Year 2012!!
Tahun baru kembali lagi. Baru semalam kita meninggalkan 2011. Pelbagai peristiwa pahit manis aku tempuhi di Bumi Labuan ini. Sudah 4 tahun aku meneruskan kehidupan dan mencari rezeki di sini.

Anak-anakku juga sudah semakin membesar. Tahun ini Adam, anak sulungku akan menduduki UPSR. Sekiranya dia lulus dengan cemerlang, adakah aku perlu meneruskan hidupku di sini lagi? Seperti menurut kata-kata kawan baikku, anak-anak yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang di sini mudah mendapat tawaran sekolah berasrama penuh berbanding di semenanjung. Benarkah itu?

Pastinya anak-anak akan merungut lagi. "Bosanlah umi", kata-kata yang lahir dari bibir Sofea. Di dalam hati aku mengakuinya. Hidup di sebuah pulau yang jauh dari kampung halaman membuatkan aku kerinduan.

Namun Labuan tetap menjanjikan ketenangan dan kebahagian yang tersendiri. Pulau ini tidak sesibuk Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Pulau yang menyimpan seribu khazanah budaya masyarakat setempat iaitu Budaya Masyarakat Brunei dan Sabah.

Tapi aku pasti, satu hari nanti pulau ini akan ku tinggalkan. Doaku semoga tahun ini memberikan lebih kebahagiaan dan rahmat daripadamu, Tuhan. Amin...

0 comments: