Khas Untuk Penyandang

Hari ini adalah hari kedua dalam bulan Februari 2012. Kelmarin warga Wilayah Persekutuan bercuti sempena Hari Wilayah. Meluangkan masa bersama anak-anak amat memenatkan tetapi itulah kenangan yang akan aku bawa hingga hujung nyawa.

Semangat untuk bekerja seperti meluap-luap. Mungkin juga kerana aku telah mengubahsuai ruangan kerja. Hari ini aku memulakan tugas seperti biasa sehinggalah menerima panggilan daripada Ketua Kerani. Beliau menyampaikan satu berita gembira yang sudah lama aku tunggu. Surat KUP dari PNM sudah diterima. Aku perlu menyerahkan 2 salinan kad pengenalan bagi menguruskan urusan itu. Syukur kepadamu, Ya Allah!

Walaupun aku tidak dinaikkan ke pangkat gred 22, tetapi tawaran Khas Untuk Penyandang ini dikira berbaloi bagi kakitangan awam yang telah berkhidmat selama 15 tahun. Tangga gaji yang diterima akan dinaikkan setaraf dengan kakitangan di gred 22. Cuma yang membezakan adalah tugasan dan tanggungjawab yang dipikul masih sama seperti di gred yang lama. Itu adalah sebahagian daripada kebaikan KUP.

Bagi diri aku yang sentiasa berpindah mengikut suami bertugas, tawaran ini amat bermakna kerana aku masih berpeluang bertukar tempat kerja dengan jawatan yang sama. Tidak perlu memikirkan tentang jawatan kosong yang ada di tempat baru. Namun begitu, aku juga berharap akan diberikan tawaran kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi.

Semoga impian ini menjadi kenyataan apabila aku bertukar semula ke semenanjung tanahair. Amin...

0 comments: