Bercuti hujung minggu kali dirasakan begitu singkat. Anak-anak pulak bersekolah hari Sabtu. "Ganti cuti Raya Cina baru-baru ni", kata Adam dan Sofea. Tiba-tiba pulak malam Jumaat lepas, cik abang mengingatkan saya yang malam itu ada cerita hindustan di saluran B4U. Mohabbatein! Apa lagi layan le....
Kisah cinta. Lagu-lagu memang syok habis. Tambahan pulak lakonan Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai. Bestnya kalau dapat suami yang setia dan sentiasa sayangkan kita walaupun kita dah meninggal. Kan?? Lantas terkenangkan masa baru-baru kahwin dulu. Sambil-sambil tu sempat lagi menari dengan Irsyad. Anak kecilku ni memang sangat suka menari.
Tetapi yang tak syoknya bila selalu kena kacau dengan Adam, anak sulungku. "Boringnya cite ni", katanya. Sememangnya membosankan bagi Adam yang sibuk sangat nak tengok perlawanan bola sepak. "Bagi la umi tengok cite ni. Cite ni best la,"kataku bernada tegas.
0 comments:
Post a Comment