0 comments

Takdir Penentu Segala


Takdir penentu segala....judul lagu Jamal Abdillah. Rasanya begitu related dengan kisah saya kali ini. Macam sedih bunyinya. Tidak la....

Sebenarnya kisah ini ada kesinambungan dengan kisah kehilangan Skipper. Sepanjang kami bercuti dan semasa kucing-kucing kami ditinggalkan di rumah tumpangan, kami menerima berita gembira. Kiki (Ibu Skipper & Preety) telah selamat melahirkan 3 ekor anak pada 30 Januari, 2011 yang lalu. Hilang sekejap rasa sedih dan rindukan Skipper. Dalam hati berkata "Comel ke anak Kiki nih?" "Sempatkah besar mereka ni?" Sekurang-kurangnya ada juga pengubat rindu dan mungkin pengganti Skipper. Rasa tak sabar hendak pulang ke Labuan dan menengok sendiri sikecil ini.

Dan hari ini cukup sebulan usia anak-anak Kiki. Sudah pandai keluar dari bakul, sudah pun berjalan-berjalan dan sudah pun pandai makan nasi dan ikan rebus. Dalam kesibukan tugas harian, sempat juga aku memberi perhatian pada mereka. Apa yang aku perasan, 2 ekor anak Kiki kali ini lebih mirip dengannya kecuali seekor sahaja yang berbulu oren dan berbelang-belang. Unik sikit warnanya!!

Anak aku Adam yang sememangnya sukakan kucing telah pun menyediakan nama. Avatar, Private & Simba. Kenapa dia menamakan mereka macam tu???? Entah la. Bila aku bertanya, ini pula jawabnya. Avatar sebab ada tanda jalur-jalur berbentuk separuh bulatan di dahi. Private, asalnya nama ini nak diberikan kepada Preety tapi aku yang tukar sebab dia kucing betina. Simba sebab ada warna oren di muka dan badan anak kucing ini.

Comel dan menarik betul mereka ini. Tapi yang lebih menariknya adalah si Avatar. Bukan sahaja bulunya seakan-akan Skipper tapi perangainya pun macam sama. Dia seekor anak kucing yang berani dan independence. Saiznya juga lebih besar berbanding yang lain. Mungkinkah dia pengganti Skipper? Tunggu dan lihat....

Itulah yang aku maksudkan bahawa takdir telah menentukan yang kami kehilangan Skipper. Dan takdir juga memberikan kami penggantinya.....Bersyukurlah!!

read more
0 comments

Kehilangan Skipper

Hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan Februari, 2011. Ini bermakna sudah hampir sebulan Skipper hilang. Rindu kami pada Skipper masih terasa dan yang paling terasa semestinya Preety, kakak Skipper dan anak sulung kami Adam.

Semuanya bermula semasa kami ingin pulang ke Kota Bharu. Memandangkan kami akan bercuti selama seminggu dan tiada sesiapa yang boleh menjaga kucing-kucing, maka kami pun menghantar mereka ke tempat penjagaan. Hari-hari terakhir sebelum pulang ke kampung, memang menyibukkan. Kami menghantar Sunkist, Kiki (ketika itu masih mengandung), Preety & Skipper pada malam sebelum kami bertolak.

Masih aku ingat lagi, perangai-perangai kucing-kucing kami semasa ingin memasukkan mereka ke dalam 'carrier'. Yang paling ketara si Skipper la. Beberapa kali dia cuba keluar dari 'carrier'. Apa yang ada dalam fikiran aku adalah mungkin dia tak biasa. Rupa-rupanya malam itu adalah malam terakhir Skipper bersama kami. Anak-anak aku, Adam, Sofea & Syaza pun ikut serta menghantar mereka.

Sampai saja di rumah En. Haris, kami dibawa ke rumah tumpangan kucing-kucing di bahagian belakang. Memang cantik dan selesa sekali keadaan rumah tumpangan tu. Abang terlalu cepat mengeluarkan Skipper sebelum sempat Sofea menutup pintu. Skipper yang ketakutan terus melompat keluar. Aku dan Adam cuba menangkap tapi Skipper lebih pantas. Dalam kegelapan malam, kami tak dapat melihat Skipper. Hampir 1 jam kami mencari, namun Skipper tetap tidak kami jumpai. Adam betul-betul naik angin. Marahkan Sofea dan menuduh Sofea punca kehilangan Skipper. Menyesal rasanya kerana tidak berhati-hati. Sebelum meninggalkan rumah En. Haris, kami meminta beliau mencari Skipper lagi. Abang tunjukkan gambar Skipper pada beliau. Berat sungguh hati kami hendak pulang ke kampung. Tapi aku benar-benar berharap Skipper akan dijumpai.

Walaupun kami telah sampai di kampung, kami cuba merisik-risik khabar bertanyakan hal Skipper. Jawapan yang sama tetap kami dengar. Belum jumpa.... Adam kerap bertanya dan menyuruh aku menelefon En. Haris. Kini sudah seminggu kami di kampung dan tiba masa untuk pulang ke Labuan. Kami berharap Skipper sudah dijumpai.

Memandangkan kami keletihan, aku tidak jadi mengambil kucing-kucing itu. Aku dan abang membuat keputusan mengambil mereka pada hari Isnin (7 Feb, 2011) selepas pulang dari kerja. Dan semestinya anak-anak tidak dibenarkan ikut serta. Setibanya di rumah En. Haris, kami telah dapat mengagak yang Skipper masih hilang. Hampa dan kecewa....

Bagaimana hendak aku jelaskan pada Adam? Buntu!!! Akhirnya aku berpakat dengan abang. Kami terpaksa berbohong dan memberitahu Adam yang ada orang lain menjumpai Skipper dan mahu memeliharanya. Itu saja cara yang terlintas di fikiran dan boleh menghilangkan rasa marah Adam pada Sofea. Adam masih tidak puas hati. Sayang betul Adam pada Skipper. Hingga saat ini pun, Adam masih merindui Skipper....

Aku juga merindui Skipper. Dia yang lincah dan nakal. Selalu berada bersama-sama kami di bilik. Menonton tv dan melompat-lompat bermain bersama Preety. Dia cukup gemar melepak di atas peti sejuk. Habis magnet hiasan aku dijatuhkan. Semenjak Skipper tiada, Preety jugak berubah sikap. Dari seekor kucing yang pendiam, dia kini suka mengiau-ngiau. Mungkin merindui adiknya.



Skipper semasa kecil





Skipper bersama Preety
read more
0 comments

Karya Abah

Sudah lama aku mengetahui yang abah suka berkarya. Dia kerap menulis puisi dan sajak. Ada beberapa puisi dan sajak ciptaaannya diterbitkan. Jadi sebelum aku pulang ke kampung tempohari, aku telah merancang akan meminjamkan puisi dan sajak nukilan abah untuk diabadikan di dalam blog aku ini. Semoga usaha aku ini dapat dikongsikan bersama-sama pengunjung blog ini.

Di Mana


Dimanakah retaknya,
Apakah tersilap langkah,
Atau bumi tidak sama rata,

Mengapa tarian tidak gemalai,
Mungkinkah iramanya sumbang,
Atau gendangnya berlubang.

Gegak gempita guroh di langit,
Mengharap hujan tak turun jua,
Air ditempayan kering kontang,
Pepohon nan rimbun patah dahan,
Dek kerna lebat buahnya.
Ombak memukul pantaiPasir pasti berubah,Bumi mana tak basah,Kocakkan air laut bergelora,Sekuat mana akar mencengkam,Terhakis tanah pokok kan tumbang.
Qada dan qadar penentuan Illahi,Kita akan pasti mengalah dan berserah,Kita perlu toleh ke belakang,Belajar dan mentafsir segala kesilapan,Hanya Dia memberi dan mengambil kembali,Hanya Dia yang abadi,Itulah azali.


Keluhan Hati Yang Pasrah,
Kampung Chekok,Panji

Pada Mu Jua
Aku tidak minta lebih
hanya sekadarAku takut melelehrisau iblis menyambarAku tidak fasihizin daku menyandarAku takkan sedihmalah tersenyum lebarKeagongan Mu ternyata sahihKeberkatan Mu telah tersebar
Hanya aku minta tambahiman dan hati tabahuntukku meredahmenangkis segala bidaahDengan nama Mu aku mengemis hidayahkerana aku insaf, aku makhluk rendahAku berserah

ABH,
Kg. Chekok,
Panji

read more
0 comments

Balik Kampung











Balik Kampung!! Ya, setelah sekian lama tak menjenguk kampung halaman walaupun semasa cuti Hari Raya Puasa dan Raya Haji tahun lalu. Kali terakhir kami sekeluarga balik ke Kota Bharu iaitu pada Jun, 2010. Maka, sempena Cuti Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina kami memutuskan untuk pulang ke kampung. Anak-anak yang paling teruja sehingga tak dapat tidur lena. Menghitung hari dan menanti detik keberangkatan ke kampung. Di sini aku kongsikan beberapa foto-foto menarik semasa hari kami bertolak dari Labuan pada 29 Jan, 2011.

Pesawat yang membawa kami ke Kuala Lumpur dan juga gelagat Irsyad semasa kami menuju ke pesawat tersebut. Walaupun penerbangan mengambil masa selama 2 jam setengah tapi kami bersyukur kerana selamat sampai ke destinasinya. Mujur la Irsyad tak buat perangai. Dia tidur sepanjang penerbangan.

















Gambar ini kami ambil di LCCT sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Kota Bharu. Kemeriahan bakal menyambut Tahun Baru Cina jelas terasa. Kami juga mengambil peluang bergambar di sana.











Setelah penat berposing, perut mula lapar dan tekak merasa dahaga. Menikmati makanan dan minuman di MarryBrown. Sempat bergambar sementara cik abang memesan makanan.















Gelagat Irsyad mencuba troli barang semasa kami check-in di kaunter. Keseronokan melakukan perkara baru.

Setelah seminggu menghabiskan cuti di kampung, akhirnya kami pun berangkat pulang ke Labuan. Ucapan terima kasih pada ahli keluarga di Kota Bharu. Pengalaman bercuti amat menyeronokkan dan menghilangkan rindu yang telah sekian lama bersarang di jiwa. InsyaAllah kami akan balik lagi!!!


Bergambar bersama Nek Ngah dan Yuyu sebelum kami berlepas ke Kuala Lumpur. Penerbangan seterusnya ke Labuan pada keesokan paginya. Kami bermalam di rumah adik ipar di Cheras Baru. Dapatlah merasa tidur di rumah barunya. Terima kasih atas layanan kalian!!!











read more
0 comments

Tarikh Keramat


19 Januari......Tarikh yang sentiasa ku nantikan. Tarikh dimana pertama kalinya aku melihat dunia. Tarikh pengikat kasih sayang abah dan mama. Tarikh ini juga membuatkan aku merasa lebih berusia.
Pernah dulu semasa di sekolah, berbual-bual kosong dengan kawan-kawanku. Tiba-tiba satu persoalan timbul di antara kami, "Agak-agak mu la....mache mano la kito bilo umur 30 taun" berkata kawanku dalam loghat Kelantan. "Aku raso la...supo ni jugok" balas salah seorang dari kami. Dan ternyata apa yang kawanku cakapkan itu, memang ada benarnya. Perangai dan sikap masih sama, yang berbeza cuma pengalaman hidup dan umur yang semakin bertambah.
Di usia 30-an ini, tentu ada di antara kita yang telah berjaya dalam hidupnya. Mempunyai kerjaya yang dibanggakan, kewangan yang stabil dan keluarga yang bahagia. Tapi bagaimana sebaliknya? Menyesalkah mereka? Hanya Tuhan yang tahu. Hanya diri yang mengerti.
Bagi diriku, aku masih seperti dulu. Sikapku, perangaiku masih sama cuma fizikal sahaja yang berubah. Aku cuba mengikis sikap-sikap yang tidak elok supaya ia setanding dengan usiaku. Namun, aku amat bersyukur kepadaMu, Ya Allah. Dikurniakan anak-anak yang comel, kerjaya yang baik dan orang-orang sekeliling yang banyak membantu. Walaupun dahulu semasa kecilku, aku menghadapi banyak dugaan. Aku belajar banyak perkara tentang hidup. Tentang perangai dan sikap manusia. Mungkin kerana pengalaman itu yang membuatkan aku lebih berwaspada dan menjadikan aku lebih dewasa.....
read more