Balik Kampung!! Ya, setelah sekian lama tak menjenguk kampung halaman walaupun semasa cuti Hari Raya Puasa dan Raya Haji tahun lalu. Kali terakhir kami sekeluarga balik ke Kota Bharu iaitu pada Jun, 2010. Maka, sempena Cuti Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina kami memutuskan untuk pulang ke kampung. Anak-anak yang paling teruja sehingga tak dapat tidur lena. Menghitung hari dan menanti detik keberangkatan ke kampung. Di sini aku kongsikan beberapa foto-foto menarik semasa hari kami bertolak dari Labuan pada 29 Jan, 2011.
Gambar ini kami ambil di LCCT sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Kota Bharu. Kemeriahan bakal menyambut Tahun Baru Cina jelas terasa. Kami juga mengambil peluang bergambar di sana.
Setelah penat berposing, perut mula lapar dan tekak merasa dahaga. Menikmati makanan dan minuman di MarryBrown. Sempat bergambar sementara cik abang memesan makanan.
Gelagat Irsyad mencuba troli barang semasa kami check-in di kaunter. Keseronokan melakukan perkara baru.
Setelah seminggu menghabiskan cuti di kampung, akhirnya kami pun berangkat pulang ke Labuan. Ucapan terima kasih pada ahli keluarga di Kota Bharu. Pengalaman bercuti amat menyeronokkan dan menghilangkan rindu yang telah sekian lama bersarang di jiwa. InsyaAllah kami akan balik lagi!!!
Bergambar bersama Nek Ngah dan Yuyu sebelum kami berlepas ke Kuala Lumpur. Penerbangan seterusnya ke Labuan pada keesokan paginya. Kami bermalam di rumah adik ipar di Cheras Baru. Dapatlah merasa tidur di rumah barunya. Terima kasih atas layanan kalian!!!
0 comments:
Post a Comment