0 comments

Tahniah Ibu Baru !

Jam 6 pagi hari ini, aku dikejutkan dengan bunyi Avatar mengeow. Sememangnya aku tahu yang Avatar meminta aku membuka pintu dapur untuknya. Sebaik sahaja aku membuka pintu tersebut, aku menjenguk-jenguk kucing-kucingku yang lain. Tiba-tiba terdengar bunyi suara yang halus seperti suara anak kucing, terus aku teringatkan Simba. Ternyata sangkaanku benar, Simba telah melahirkan anak sulungnya.  

Lantas, aku mengambil bakul di dalam stor. Aku mengalas bakul tersebut dengan kertas suratkhabar dan kain. Aku memasukkan Simba dan keempat-empat ekor anaknya yang masih berdarah ke dalam bakul itu. Kecil dan comelnya anak-anak Simba. Bakul tadi aku letakkan di dalam stor. Sambil menggosok-gosok perut Simba aku melihat anak-anaknya. Macam-macam warna bulu anak-anak kucing tersebut. Ada yang berwarna hitam oren, kelabu putih, oren putih dan kelabu oren putih. Kesemuanya berekor dan bertubuh panjang. Melihat kepada fizikal anak-anaknya saling tak tumpah Private dan Sunkist. 
read more
0 comments

Happy Birthday, Syaza

Kek permintaan Syaza....Barbie
Hari Ahad (4 Mac) kemarin merupakan hari ulangtahun kelahiran anak ketigaku, Syaza. Memandangkan umurnya sudah mngjangkau 6 tahun dan merupakan tahun terakhirnya belajar di tadika, maka aku merancang mengadakan majlis sambutan hari lahirnya di tadika tempat dia belajar hari ini. 

Dalam kesibukan terlibat dengan aktiviti BAKAT, sempat juga aku menempah juadah dan kek hari jadi untuknya. Pagi tadi aku terkejar-kejar membeli dan menyediakan goodies untuk kawan-kawan sekelas Syaza. Alhamdulillah dengan kerjasama guru kelasnya, majlis tersebut berjalan dengan sempurna walaupun terlewat 1 jam.
 

Syaza dan kawan-kawannya amat seronok. Kenangan ini pasti akan menjadi memori yang terindah buat Syaza. Semoga anakku ini menjadi insan yang baik, beriman dan berjasa kepada kami sekeluarga. Amin.....
Syaza bersama hadiah-hadiah
Acara memotong kek


Hadiah dari kawan-kawan






  
read more
0 comments

WWF ~ for a living planet

Dua mingu yang lepas (lupa tarikhnya), saya ada menerima surat penghargaan dari WWF-Malaysia. Tajuk surat tersebut berbunyi begini "Aida you helped us make 2011 a year of great achievements! However, there's still much to be done. We certainly hope you will continue to support us in 2012 with a donation of RM360 to continue making a difference to our environment". Sebaik sahaja membaca surat tersebut baru saya teringat yang saya terlupa nak tinggalkan RM30 di dalam akaun bank saya. Ini bermakna bagi tahun ini saya belum mula menderma lagi.

Kalau tidak silap, saya mula menderma kepada tabung WWF ini sejak tahun 2004 lagi (sudah lupa). Itu pun secara kebetulan semasa saya tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semasa saya mengisi borang ketika itu perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah harimau. Ya la! Kan harimau merupakan species haiwan yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kucing. Disebabkan terlalu menyayangi binatang, saya sanggup memperuntukkan sejumlah wang untuk mereka. Saya beranggap di dunia ini sudah terlalu ramai orang menderma kepada manusia (orang susah, fakir miskin) jadi apa salahnya saya menderma kepada haiwan-haiwan pula. Mungkin tak ramai yang berbuat begini.

Bagi saya, kehidupan antara manusia dan haiwan saling berkait dan memerlukan. Jika bukan kita yang menghulurkan tangan, membantu mereka. Siapa lagi! Sekiranya habitat mereka tidak dijaga dan terancam, maka nyawa kita juga mungkin terancam. Sebagai contohnya, jika hutan belantara tempat mereka tinggal dihapuskan, secara langsungnya mereka akan mencari tempat tinggal yang baru. Mungkin mereka akan menceroboh kawasan halaman rumah kita. Sekaligus nyawa ahli keluarga kita berada dalam bahaya. Kehidupan seharian kita juga terganggu. 

Nabi Muhammad S.A.W. juga menyayangi haiwan dan menasihati kita supaya berbuat baik sesama umat dan makhluk yang lain. Maka, menjadi kewajipan kita untuk memelihara dan menjaga bumi ini dan penghuninya. Jadi, apa salahnya kita menghulur bantuan dan menderma untuk kebahagiaan kita semua.

p/s : Lawatilah website ini jika berminat wwf.org.my
read more
0 comments

Private VS Avatar

PRIVATE
AVATAR

Sejak kebelakangan ini, kucing-kucing jantan ku Private dan Avatar (adik-beradik) kerap bergaduh. Pantang bersua muka je, mereka mula mengeluarkan bunyi. Bulu di belakang dan ekor mula kembang. Bergolek-golek dan berguling-guling mereka berlawan sesama sendiri. Pernah sekali dua aku cuba meleraikan pergaduhan mereka. Terpaksa aku menggunakan penyapu untuk menghalang mereka terus menerkam sesama sendiri. Private sangat marah sehinggakan menggigit penyapu yang aku gunakan. Pernah juga pada satu petang, semasa baru sahaja balik dari tempat kerja Adam menceritakan kepadaku tentang Private dan Avatar bergaduh lagi. Kali ini lebih teruk sehinggakan mereka berdua cedera. Aku terus mencari Avatar dan Private. Aku dapati Avatar sedang besembunyi di bawah kerusi di koridor rumahku. Kesan darah kering melekat di lantai koridor. Aku terus membelek-belek seluruh tubuh badannya. Terdapat luka di bawah leher Avatar. Memandangkan Avatar cuba melepaskan dirinya aku membiarkan sahaja Avatar di situ. 

Aku cuba mencari Private pula. Aku memanggil-manggil namanya. Tetapi Private tidak kelihatan. Mungkin dia bersembunyi. Aku biarkan sahaja kerana dalam fikiranku Private pasti akan keluar dari tempat persembunyiannya nanti. Pada sebelah malamnya, baru aku terlihat Private. Mungkin dia kelaparan. Atau mungkin kemarahannya sudah reda. Aku mendapatkan Private dan terus memeriksa badannya. Mujurlah cuma calar-calar kecil sahaja.

Sikap Private dan Avatar tetap sama. Aku cuba mengasingkan kedua-dua mereka. Tempat makan dan tidur mereka juga aku asingkan. Aku cuba mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah ini. Mungkin kucing-kucingku sudah tiba masa untuk mengawan dan menguasai kawasan masing-masing. Mereka cuba menunjukkan kuasa. Aku cuba membiarkan Private meneroka kawasan di luar rumah. Tetapi Private yang memangnya penakut, tidak berani berbuat demikian. Baru sahaja mendengar tapak kaki jiran aku, dia terus meluru masuk ke dalam rumah.

Dua hari selepas kejadian itu, aku sudah tidak nampak Private. Puas aku mencari  di sekitar rumah. Private tidak kelihatan. Aku merahsiakan perkara ini dari pengetahuan anak sulungku, Adam. Pasti Adam akan marah dan susah hati jika dia tahu Private sudah hilang. Disebabkan Adam sibuk dengan aktiviti kokurikulumnya, maka dia tidak perasan yang Private sudah tiada. Aku cuba juga mencari Private di sekitar kawasan aku tinggal. Tidak ada kelibat Private di situ. Memang sahlah Private telah hilang. Aku berharap Private dalam keadaan selamat meneruskan kehidupannya di luar. Tiada lagi bunyi mengeow yang selalu menyambut aku sewaktu pulang dari tempat kerja. Mat Bunga (gelaran Private) kesayangan kami telah tiada. Jauh di sudut hatiku berharap dia akan pulang.

p/s : Private, walau dimana pun kau berada, kami tetap sayangkan kau.

read more
1 comments

Harga Sebotol Kicap

Petang semalam aku menerima sms daripada pembantu rumah. Beliau menyenaraikan beberapa barang dapur yang perlu dibeli. Sebaik sahaja lepas kerja, aku singgah di sebuah pasaraya. Ramai juga orang yang berkunjung ke pasaraya itu. Maklumlah selepas waktu pejabat, semestinya orang akan singgah di situ untuk membeli barang keperluan masing-masing. Tambahan pulak pasaraya tersebut memang terkenal menjual barangan dengan harga yang berpatutan.

Aku mula mencari-cari barangan yang diperlukan. Bermula di bahagian beras, kemudian aku menuju ke bahagian barangan pencuci pulak. Akhirnya, aku ke bahagian sos dan kicap. Di situ aku mengambil sebotol kicap jenama Cap K***s U**** Manis. Jenama ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Aku mencapai sebotol kicap yang bersaiz 345ml sambil mencari harganya. Memang terkejut aku apabila melihat harga sebotol kicap jenama ini sudah naik. Bayangkan harga sebotol kicap bersaiz sedemikian mencecah RM6.00 sebotol. Lalu aku mencapai sebotol lagi kicap bersaiz 645ml jenama yang sama. Lagilah aku terkejut. Harganya sudah naik kepada RM8.00 sebotol. Seingat aku semasa 3 @ 4 tahun yang lalu, harga sebotol kicap bersaiz besar hanya RM5.00. Melihat sahaja harganya yang melambung tinggi, aku telah memilih untuk membeli kicap berjenama yang lebih murah.

Aku mula berfikir-fikir. Di manakah pihak bertanggungjawab (KPDNKK) yang sepatutnya memantau harga barang keperluan? Adakah mereka tidak tahu tentang perkara ini? Atau adakah kerana kami tinggal di Pulau Labuan, maka kami terpaksa menanggung kenaikan harga barang yang terlalu tinggi? Kalau beginilah keadaannya, elaun-elaun yang kami terima masih tidak mencukupi. Ini belum lagi dikira dengan living cost yang lain. Jadi fikir-fikirkan lah!!



read more