0 comments

Bersedekahlah !!

Sudah 1 minggu lebih aku tidak mencoret apa-apa di blog ni. Sibuk dengan tugas di pejabat. Namun, pada minggu lepas, aku telah menyerahkan pakaian lama aku dan anak-anak kepada kakak cleaner di pejabat. Macam tahun-tahun sudah dia akan membahagi-bahagikan pakaian tersebut kepada orang miskin di tempat tinggalnya.

Sebenarnya sudah lama pakaian tersebut aku kumpul di rumah, cuma tidak tercapai oleh tangan untuk mengangkatnya ke kereta. Alhamdulillah dengan izinNya, termakbul juga niat suciku.

Pendapat aku, bersedekah dan beramal jariah tidak kira dalam apa bentuk. Hatta, senyum itu juga satu sedekah. Maka, atas dasar itulah aku melakukannya.

 Ya Allah, semoga mereka-mereka akan mendapat manfaat di atas apa yang aku berikan. Amin....


Gaun Pertama Sofea - Hadiah dr. saudara
1 kotak & 1 plastik penuh pakaian terpakai

read more
2 comments

Sofea dan Basikal


 
Sofea, anak perempuan keduaku ini, cukup takut belajar menunggang basikal. Sudah beberapa kali aku dan abangnya Adam mengajaknya belajar menunggang basikal. Banyak betul alasannya. Takut jatuh la. Bila dah jatuh, sakit pula. Nanti lutut berdarah. Ada parut, malu bila kawan tengok. Itulah antara alasan-alasan yang keluar dari bibir mungilnya. 

Tetapi . . . .
Kelmarin, sebaik sahaja aku keluar dari kereta setibanya di rumah, macam tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Sofea menyapaku sambil berbasikal. Wah! Satu perubahan yang membanggakan. Akhirnya Sofea berjaya menangani pelbagai alasan yang diciptanya. Dia sendiri telah membuktikan yang dia berjaya menunggang basikal dengan bimbingan kawan-kawannya. Tahniah, Sofea!!

Umi bangga dengan Sofea. Itulah ucapan pertama yang keluar dari mulutku sambil mencium pipinya. "Nanti Umi akan baiki basikal lama tu. Bila buka sekolah, kakak (nama panggilannya) boleh la ke sekolah dengan basikal", kataku kepadanya. Sofea tersenyum bangga.
read more