0 comments

Kemaafan Yang Terindah

Entah apa silapnya kelmarin, aku terleka seketika. Begitu angkuh menolak permintaan seseorang. Tanpa aku sedar, kesakitan yang dialaminya. Bukan disengajakan tetapi keadaan dan tuturkatanya yang menyinggung hati ini. Namun begitu, aku cuba memperbaiki keadaan, tetapi biasalah bila hati sudah sakit. Susah untuk diubati. Dek kerana keakraban hubungan kami, maka dengan ini aku memohon kemaafan atas kelanjuran kelmarin.

Sebenarnya dalam perhubungan kita dengan seseorang samada rakan sekerja, sahabat atau adik beradik sendiri pun, tidak pernah terlepas dari tersilap tuturkata atau terlebih gurauan. Jadi sebagai insan biasa, sejurus tersedar kesilapan kita maka wajarlah kita meminta maaf. Begitu juga, sekiranya kita pernah terluka dek keceluparan atau tindak tanduk orang lain, berilah kemaafan kepada mereka. Mungkin mereka juga alpa seperti kita.

Dalam meniti kehidupan ini, aku turut mengalami pelbagai situasi yang menyakitkan. Pengalaman dalam kehidupan seharian ini mendewasakan aku. Menjadikan aku lebih tabah dan lebih mengenali manusia di sekelilingku. Mengingatkan aku kepadaNya.

p/s : Kepada rakanku itu, maafkan aku atas kealpaanku itu.
read more
0 comments

Selamat Tinggal Preety

SiComel....Preety

Ketika artikel ini ditulis, sudah sebulan Preety melahirkan ketiga-tiga anaknya. Ini bermakna semakin bertambah bilangan kucing di rumah aku. Kalau dikira semuanya.....13 ekor. Wah!! Banyak bukan?? Mana mampu aku memelihara semuanya. Makin bertambah makin banyaklah perbelanjaan yang dikeluarkan. Belum lagi dikira upah meninggalkan mereka di rumah tumpangan sekiranya aku perlu balik ke kampung?? Suamiku mula bising-bising. "Bagi je la kucing-kucing ni pada orang lain" katanya padaku pada satu hari. "Nantilah la bang. Preety tu baru je bersalin" Balasku.

Beberapa hari selepas itu, aku cuba meng'sms' kawanku, Ina. Memberitahunya tentang Preety. Dia terus menghubungiku sebaik menerima kiriman sms dariku. "Hello, kak. Preety dah beranak" Katanya. "Ye" Balasku. "3 ekor anak dia. Comel-comel" Tambahku lagi. "Kejap lagi Ina pegi rumah akak. Nak tengok anak Preety la" Terdengar suara terujanya di hujung talian. "Ok, datanglah" Mengakhiri perbualan kami.

Bermula hari itulah, maka termeterai janji antara kami. Preety dan anak-anaknya akan ku serahkan kepada Ina. Tempoh perjanjian selama sebulan sudah tamat. Dan kelmarin, tanggal 3 Julai 2011, aku menyerahkan Preety dan anak-anaknya kepada Ina. Turut serta menghantar mereka adalah anak-anakku Adam, Sofea dan Syaza. Sayunya hati ini ketika menyerahkan mereka. Aku cuba menyembunyikan perasaan sedihku di hadapan Ina, anak-anaknya dan anak-anakku. Puasku cium Preety dan anak-anaknya sebelum aku pulang. Adam juga melakukan perkara yang sama. Kesian Preety. Dia menyembunyikan diri di bawah kerusi. Takut mungkin!! Aku berharap Ina mampu menjaga mereka dengan baik. Harapanku Ina tidak akan memisahkan mereka.

Ternyata sayangku pada Preety amat dalam. Entah kenapa sebelum melelapkan mataku semalam, aku menangis mengenangkan mereka. Dan ketika artikel ini ditulis juga, aku tak mampu menahan airmata ini. Ku cuba buang jauh-jauh perasaan itu. Tapi aku tak mampu. Preety yang aku pelihara sejak dilahirkan, tidak pernah berjauhan dari kami. Maafkan aku Preety kerana terpaksa melakukan ini. Sekiranya mampu, aku akan memelihara semua kucing-kucingku.

Aku memang amat menyayangi kucing. Perasaan ini wujud sejak kecil lagi. Kucing-kucingku menjadi teman dan tempat aku meluahkan perasaan.

Semoga kita berjumpa lagi.....Preety, Rico, Skawski dan Zees.Gambar ini aku ambil selepas 2 minggu Preety bersalin.




read more