Macam-macam Hal

Sesuai dengan tajuknya....maka berlakulah sesuatu kejadian yang tak terduga olehku....

Macam biasalah...rutin harian pada Isnin lepas (24 Jan), aku perlu menjemput anakku pulang dari tadika. Dalam perjalanan dari pejabat ke tadika, aku pun berfikir" Sementara tunggu Adam & Sofea balik, boleh la singgah kat Ford sekejap, basuh kereta" Sejurus selepas menjemput Syaza, aku memandu laju ke Ford. Lama juga aku menunggu keretaku dibasuh. Sementara itu, aku bersama Syaza pergi membeli bun dan air tin di kedai roti berhampiran. Dalam setengah jam menunggu, tiba-tiba aku teringat pada Adam & Sofea. "Alamak, budak-budak tu, mesti dah keluar". "Kenapa diorang ni tak call" aku mengomel lalu mencari handphone di dalam handbag. Barulah aku sedar yang handphone aku tak ada. "Ni mesti Sofea tak letak balik dalam handbag pagi tadi" berkata dalam nada marah. "Macam mana budak-budak tu nak call, harap-harap diorang call abang la" ngomel aku sendirian. Walaupun jarak tempat basuh kereta dengan SK Pekan 2 tak jauh, aku tak dapat buat apa-apa kerana Syaza sudah tertidur keletihan.

Lebih kurang 15 minit ke jam 2 petang, kereta sudah pun siap dibasuh. Terus membayar wang upah dan menuju ke kereta. Tetapi bila sahaja aku menghidupkan enjin, "Eh! kenapa tak hidup nih" AKu terus mencuba tapi keadaan masih sama. Budak-budak yang membasuh kereta aku tadi, cuba membantu. Mujurlah seorang mekanik yang bekerja di sana cuba melakukan sesuatu. Dia menggantikan bateri keretaku dengan yang lain. Kereta aku dapat dihidupkan tapi dengan syarat jangan matikan enjin. Menurut mekanik itu, bateri kereta aku terlalu lemah dan perlu diganti. Ucapan terima kasih kepada mereka yang menolong.

Aku pun memulakan perjalanan pulang ke rumah. Sampai saja di rumah, aku terus bergegas mencari handphone. Mulut ku bising marahi Sofea. Setelah mencari di beberapa tempat, akhirnya handphoneku dijumpai semula. Terus aku mengajak suamiku ke kedai menukar bateri kereta.

Kesimpulan kejadian tersebut, kita tidak akan menyangka perkara-perkara yang akan berlaku pada kita. Hanya Tuhan je yang tahu......

0 comments: