19 Januari......Tarikh yang sentiasa ku nantikan. Tarikh dimana pertama kalinya aku melihat dunia. Tarikh pengikat kasih sayang abah dan mama. Tarikh ini juga membuatkan aku merasa lebih berusia.
Pernah dulu semasa di sekolah, berbual-bual kosong dengan kawan-kawanku. Tiba-tiba satu persoalan timbul di antara kami, "Agak-agak mu la....mache mano la kito bilo umur 30 taun" berkata kawanku dalam loghat Kelantan. "Aku raso la...supo ni jugok" balas salah seorang dari kami. Dan ternyata apa yang kawanku cakapkan itu, memang ada benarnya. Perangai dan sikap masih sama, yang berbeza cuma pengalaman hidup dan umur yang semakin bertambah.
Di usia 30-an ini, tentu ada di antara kita yang telah berjaya dalam hidupnya. Mempunyai kerjaya yang dibanggakan, kewangan yang stabil dan keluarga yang bahagia. Tapi bagaimana sebaliknya? Menyesalkah mereka? Hanya Tuhan yang tahu. Hanya diri yang mengerti.
Bagi diriku, aku masih seperti dulu. Sikapku, perangaiku masih sama cuma fizikal sahaja yang berubah. Aku cuba mengikis sikap-sikap yang tidak elok supaya ia setanding dengan usiaku. Namun, aku amat bersyukur kepadaMu, Ya Allah. Dikurniakan anak-anak yang comel, kerjaya yang baik dan orang-orang sekeliling yang banyak membantu. Walaupun dahulu semasa kecilku, aku menghadapi banyak dugaan. Aku belajar banyak perkara tentang hidup. Tentang perangai dan sikap manusia. Mungkin kerana pengalaman itu yang membuatkan aku lebih berwaspada dan menjadikan aku lebih dewasa.....